Sya’ir Intan Permata Tanwirul Anwar

Syair Intan Permata Tanwirul anwar.

Siapa menaruh kitab ini
Seperti duduk dengan berguru sehari-hari

Hendaklah dibaca tiap-tiap hari
Janganlah kurang tujuh hari sekali

Dapat Ilmu karunia Tuhan Ilahi
Mana-mana yang ditegah kita jauhi

I’tiqad yang betul kita ketahui
I’tiqad yang salah kita jauhi

Menuntut ilmu wajib dikita
Sebelum mengenal tiadalah hingga

Amal dengan ilmu wajib serta
Amal tiada ilmu di Azab kita

Syarat rukunnya wajib diketahui
Sah batalnya demikian lagi

Amal diterima Tuhan Ilahi
Syarat rukunnya sudah kita ketahui

Siapa beramal dengan jahilnya
Tiada mengetahui syarat rukunnya

Amalnya tiada diterima Tuhannya
Tiada mengetahui sah batalnya

Dan siapa-siapa suka pada kitab ini
Alamat petunjuk Tuhan Ilahi

Dan siapa-siapa tiada suka kitab ini
Alamat petunjuk Iblis Syaithan

Wahai ikhwan tua dan muda
Hendaklah fikir senantiasa

Jangan seperti orang yg buta
Tinggal ibadat cari Harta

Tiada ingat hidup akan mati
Bersuka ria jua sepanjang hari

Hanya harta dapatkan diri
Tiga lapis kafan saja dia memberi

Alhamdulillah kami ucapkan
Kepada Tuhan Maha kuasa

Telah kami baca syi’ir dan nadzam
kami dapatkan Intan Permata

Tapi sedikit ada campuran
Bercampur dengan batu biasa

Batu kerikil campur didalam
Hampirlah Intan kurang bercahaya

Wahailah bangsa serta ikhwan
Harap bezakan batu permata

Jangan seperti orang yang awam
Batu dan Intan samalah saja

Akhirnya sesal bukan kepalang
Salahnya tuan tidak berbeza

Kami usaha mencoba hilang
Batu dibuang tinggal permata

Karangan ini harap disimpan
Jadi pedoman kaum saudara

Menjadi bekal hari kemudian
Dihadapan Tuhan Yaumal Mahsyar

Sebagai wasiat tuan pengarang
As-Syeikh pilihan Muhammad Shaleh nama

Wahai Ya Allah Khaliqul ‘Alam
Keikhlasan yang aku pinta

Harap keikhlasan Allah Ya Tuhan
dengan murahan lagi karunia

Supaya dapat manfa’at datang
Masa seorang dikubur hamba

Terima kasih kami haturkan
Akan pengarang Kasyful-Asraar

Terdahulunya mula mengarang
Kami kemudian patut berdoa

Bertemu kami dengan pengarang
Hari kemudian dalam syurga

Oleh: Abuya Syeikh Tgk. Haji Muhammad Muda Waly Al-KhalidyCover   Intan Permata Tanwirul Anwar

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s